26 March 2020

'Alamak berat badan naik lagi, macam mana ni nanti misi kat klinik mesti marah'

Pernah alami situasi macam ni tak ibu? Jika ibu yang pertama kali hamil pasti tidak pernah alami namun jika mengalami tidak faham kenapa perlu dimarahi. Sebenarnya marah misi tu marah cakna. Tahukan ibu bila mengandung memang normal jika berat badan naik, tetapi ada kadar normal dalam kenaikan itu. Kadar normal kalau naik misi tak berapa kisah namun jika lebih dari kadar normal itu berbahaya untuk ibu hamil. 

Ibu boleh tengok jadual dibawah yang mana berat ideal perlu dinaikan ketika hamil:

Image result for penambahan berat badan pada ibu hamil

Sekiranya bmi ibu bawah 18.5 ibu boleh naikan berat badan sampai 12-18 kg. Ini adalah kerana, tanpa berat tambahan tersebut, bayi mungkin lahir pra-matang atau lebih kecil daripada biasa. Sebaliknya pula jika igu mempunyai berat badan yang berlebihan. Ibu perlu lebih mengawasi penambahan berat badan jika ianya naik terlalu banyak, ia boleh meningkatkan risiko dan komplikasi berkenaan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi.

Badan ibu akan menjadi sangat besar menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik). Berikut adalah beberapa anggaran untuk memberi ibu idea tentang beratnya:

  • Semasa lahir, seorang bayi perempuan Malaysia mempunyai berat 3.2kg; bayi lelaki pula 3.4kg.
  • Cecair amniotik yang menyokong dan menampung bayi anda mempunyai berat 0.8kg.

Tetapi bagaimana pula dengan baki dua pertiga berat yang berlebihan itu? Ini diakibatkan oleh perubahan yang berlaku dalam badan ibu semasa hamil. Sekali lagi, angka ini adalah anggaran sahaja:

  • Lapisan otot pada uterus (rahim) membesar secara dramatik dan beratnya bertambah sekitar 0.9kg.
  • Isi padu darah bertambah dan beratnya meningkat sebanyak 1.2kg.
  • Anda mempunyai lebihan cecair dalam badan sebanyak kira-kira 1.2kg.
  • Berat payudara pula meningkat sebanyak 0.4kg.
  • Anda akan menyimpan lemak, kira-kira 4kg, yang akan memberi anda tenaga untuk menyusukan bayi anda.
Sekarang ibu tahu berapa berat normal ibu mengandung, bagaimana pula ianya dibahagikan kepada 3 trimester?
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu tidak perlu naik berat sangat pun. Memandangkan ramai yang sedang alami mabuk hamil pada ketika ini. Ramai sekali yang tidak lalu makan, jadi tak perlu paksa diri sendiri ya untuk tambah berat badan. Ibu hanya perlu tambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan ibu perlu tambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Bercakap tentang berat normal ibu mengandung, tambah berat bukan bermakna boleh makan makanan ringan. Namun, lebih kepada cuba seimbangkan dengan diet yang mengandungi kalsium seperti susu dan lebihkan sayur-sayuran. Jika ibu suka makan roti putih, apa kata bertukar kepada roti gandum. Makan buah daripada makan biskut. Banyak lagi sebenarnya, tetapi biarlah diambil dengan kesederhanaan.

J
angan lupa bahawa ia bukan hanya mengenai makanan sahaja. Senaman baik untuk ibu semasa hamil dan boleh membantu ibu mengekalkan berat yang sihat. Bacalah panduan senaman semasa hamil lebih banyak.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates