23 March 2020

Gelombang kedua virus covid19 di negara kita makin pada tahap membimbangkan. Hari ini sebanyak 11 kematian yang telah dilaporkan oleh pihak KKM. Situasi sekarang amatlah tegang buat negara Malaysia. Jadi sebagai rakyat Malaysia haruslah akur pada perintah yang telah dibuat iaitu Perintah Kawalan Pergerakan. 

Bagi ibu hamil anda sangat disarankan untuk mengikut Perintat Kawalan Pergerakan kerana ibu hamil mempunyai imunisasi badan yang rendah. Bagi mengelakkan berlaku sebarang jangkitan virus covid19 jadi ibu hamil perlu menjaga diri dengan lebih ketat. 

Image result for penjagaan ibu hamil ketika covid

Jika ada perkara yang diidamkan dah memerlukan keluar dari rumah buat masa ini simpan sahaja hasrat itu dahulu kerana nyawa dan kandungan lagi penting dari nak kejar apa yang diidamkan tu. Betul ke betul?

Walaupun belum ada bukti yang ibu hamil boleh menjangkiti bayi dalam kandungan namun jika ibu hamil disahkan terkena jangkitan covid19 segeralah berjumpa dengan doktor. Ianya untuk lebih pemantauan dilakukan oleh doktor. 

 Selain itu, ibu hamil boleh mengikut panduan dan cadangan agar tidak terdedah dengan jangkitan covid19:

  • Makan makanan yang tinggi serat .zat besi dan vitamin yang cukup.
  • Sayur-sayuran haruslah dibasuh dengan bersih.
  • Elakkan dari keluar rumah jika tidak perlu. Jika ada urusan yang perlu keluar pastikan pakai pakaian yang tertutup dan pakai face mask. Bila urusan sudah selesai pastikan tukar pakaian ibu yang dipakai tadi. 
  • Jauhkan diri dari majlis atau temoat terdedah dengan orang ramai. 
  • Basuh tangan dengan kerap. 
  • Jika ada gejala yang serupa dengan simptom jangkitan covid19 segera berjumpa dengan doktor. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates