23 March 2020

Seramai  38% daripada ibu-ibu hamil yang mengalami masalah sembelit.Kiranya sembelit dikala hamil tidak asing lagi. Sembelit dalam bahasa mudahnya adalah kesukaran untuk membuang air besar. Sembelit berlaku kerana pergerakan usus yang tidak konsisten menyebabkan pergerakan najis menjadi perlahan di dalam usus yang berterusan selama beberapa minggu atau lebih lama.

Image result for sembelit ketika hamil

Sembelit ketika hamil disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot diseluruh badan, termasuk saluran pencernaan. Ini bermaksud makanan akan dicerna secara lebih perlahan supaya bayi dalam kandungan boleh mendapat manfaat daripada penyerapan nutrien yang lebih baik. 

Image result for sembelit ketika hamil

Selain disebabkan hormon, mengambil suplemen tambahan juga adalah punca ibu hamil mengalami masalah sembelit. Suplemen prenatal seperti zat besi dapat memberikan vitamin dan mineral tambahan untuk menyokong pertumbuhan bayi kita, tetapi peningkatan zat-zat seperti zat besi dan kalsium cenderung menyebabkan sembelit semasa kehamilan.

Namun ibu tidak perlu bimbang kerana ada beberapa cara untuk melegakan masalah sembelit yang dialami. Antara petua yang ibu hamil boleh cuba ialah: 

Makanan mengandungi serat tinggi 
Ibu hamil boleh cuba amalkan makanan tinggi serat seperti bijirin, roti, beras perang, kacang, buah-buahan, dan sayur-sayuran dalam diet harian anda. Makanan tinggi serat ini berfungsi membantu mengumpul sisa makanan di dalam usus dan membuat mereka lebih mudah melalui usus.

Banyakkan minum air.
Ibu hamil digalakan minum air seperti air kosong, jus buah-buahan terutama jus buah prune yang boleh melembutkan najis. Pengambilan air adalah penting apabila ibu meningkatkan pengambilan serat. Gabungan kedua-duanya akan membantu dalam proses pembuangan sisa makanan kita. Minum kira-kira 10 hingga 12 gelas air setiap hari.

Senaman yang sederhanaJika ibu hamil aktif melakukan aktiviti fizikal, sembelit tidak akan menjadi masalah. Berjalan, berenang, menunggang basikal bersandar, dan yoga secara teratur membantu usus dan merangsang pergerakan usus anda. Rancanglah rutin senaman dengan berbincang dengan doktor.

Jangan tahan untuk membuang air besarKadang-kadang ibu bila sibuk mereka akan abaikan atau tahan rasa nak membuang tu.Kerap menangguhkannya boleh melemahkan otot-otot usus dan menyebabkan sembelit, jadi selesaikan ‘nature call’ ibu secepat mungkin.
Amalkan probiotikAsidophilus probiotik, yang terdapat dalam yogurts mengandungi kultur aktif yang boleh merangsang bakteria dalam usus untuk memecahkan makanan dengan lebih baik. Sisa makanan akan bergerak lebih baik di dalam usus.Ibu juga boleh meminta doktor atau ahli farmasi untuk mencadangkan suplemen probiotik dalam bentuk kapsul, sama ada yang boleh dikunyah atau yang berbentuk serbuk yang boleh ditambah ke dalam smoothie.
Sememangnya hormon progesteron penyebab ibu hamil sembelit namun dengan pemakan yang seimbang dan tabiat makan yang betul masalah sembelit itu mampu dihadapi. 
Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates