09 March 2020



Tangisan merupakan bahasa komunikasi bayi terhadap orang sekelilingnya termasuk ibu ayah. Namun ianya penyebab ibu ayah jadi tertekan kerana buntu apa yang bayi mereka perlukan. Tangisan bayi tidak merujukan kepada lapar atau mengantuk semata-mata ye ibu ayah. Ianya merujuk secara keseluruhan pada diri bayi tersebut.

Punca tangisan yang tidak dapat dikenalpasti akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Jadi ibu ayah kena ambil tahu mengapa bayi menangis untuk memudahkan ibu ayah memahami bayi anda sendiri. Jom ambil tahu mengapa bayi menangis.

Salah satu sebab mengapa bayi merengek atau menangis kerana perut kembung. Ianya terjadi jika ibu tidak jaga pemakanan lebih-lebih lagi bila ibu menyusukan anak. Pastikan jangan makan benda berangin seperti air gas, pulut dan lain-lain. Untuk mengelakan kembung pastikan ibu menyapu minyak di bahagian perut, ubun-ubun, dada, pelipat dan tapak kaki. Boleh pakaikan barut atau stokin untuk membantu mencegah angin.
Bila lampin penuh bayi akan merengek atau menangis untuk memberitahu kepada ibu supaya ibu tukar lampin segera. Pastikan periksa terdapat ruam lampin atau tidak untuk langkah berjaga-jaga. Sentiasa periksa lampin sudah penuh atau tidak. Bila bayi selalu popo (baca; buang air besar) buntut mereka akan melecet, jadi pastikan periksa selalu.
Seperti juga orang dewasa, bayi akan menjadi tidak keruan sekiranya mengantuk. Sesetengah bayi tidak mudah untuk tidur walaupun selepas menyusu kerana perlu didodoi terlebih dahulu. Sesetengah ibu menganggap bayi yang letih perlu ditidurkan. Tidak semestinya. Kadangkala mereka cuma mahukan keadaan yang tenang. Jika dalam perjalanan jauh, kerapkan berhenti di hentian rehat atau di kawasan yang sesuai. Semasa di dalam kereta juga, dukung bayi sekali sekala untuk melihat sekeliling dari dalam kereta kerana kemungkinan bayi penat berbaring atau duduk.
Sesetengah bayi mudah terkena sembelit walaupun ada yang menyusu badan.Ini kerana sistem pencernaan mereka sangat sensitif dan kadangkala tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap makanan tertentu. Cuba tuamkan perut, urut dengan minyak aromaterapi, atau mengusap perlahan untuk membantu melegakannya.
Ibu ayah sangat perlu mempelajari cara mengenalpasti sebab bayi yang menangis dan menyelesaikannya. Pengalaman menghadapi tangisan bayi akan mengajar ibu untuk lebih sabar dan berdikari.Lama kelamaan perasaan panik akan dapat diatasi. Perlu diingat bahawa bayi masih kecil dan tidak pandai mengadu. Oleh itu, kita sebagai orang dewasa perlu sentiasa bertenang dan cuba belajar untuk memahami keperluan mereka.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates