18 March 2020

Kehamilan seharunya menjadi detik indah buat ibu yang hamil. Namun ada beberapa masalah ringan yang di hadapi oleh ibu hamil sepanjang kehamilan 9 bulan. Tahukan ibu apakah masalah yang biasa di alami oleh ibu hamil? 

Ianya merupakan sejumlah masalah yang paling umum dialami oleh ibu hami serta penyebabnya. Setiap masalah yang berlaku tidak tentu akan dialami semua ibu hamil. Ada beberapa ibu hamil yang langsung tidak mengalami masalah ringan seperti yang diperkatakan. Jom kenali masalah kecil yang biasa ibu hamil lalui. 

  • Morning Sickness

Morning sickness adalah salah satu masalah yang paling umum berlaku kepada ibu hamil. Ianya selalu berlaku pada trimester pertama.  Walaupun namanya morning sickness tetapi ianya tidak terjadi di waktu pagi sahaja, ada juga ibu hamil yang alami morning sickness sepanjang hari , petang atau malam sahaja.

Morning sickness ini berlaku kerana perubahan hormon ketika hamil. Situasi ini akan membuatkan ibu hamil berasa mual dan muntah. Ini menyebabkan ibu hamil takut ingin makan kerana takut memuntahkan balik makanan tersebut.
Image result for morning sickness

  • Sembelit 
Selalunya ibu hamil akan mengalami sembelit di awal trimester pertama. Masalah ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon didalam badan ibu hamil. Antara sebab lain sembelit kerana pola pemakan ibu hamil itu kurang makan berserat.

Dalam hal lain ada beberapa cara ibu hamil boleh atasi masalah sembelit.Antaranya ibu hamil boleh lakukan adalah :

  • Makan makanan yang mengandungi serat tinggi, seperti sayuran dan buah setiap hari.
  • Banyak minum air kosong, paling sedikit 8 gelas air setiap hari.
  • Melakukan senaman ringan.
  • Hindari konsumsi suplemen zat besi kerana dapat menyebabkan sembelit. Seeloknya dengar nasihat doktor ibu, adakah ibu memerlukan suplemen zat besi.

  • Krem (Simpul Biawak)
Pernah dengar tentang simpul biawak? Ianya biasa akan berlaku pada trimester kedua. Krem boleh berlaku akibat beban tambahan yang dibawa oleh ibu saat kehamilan membuatkan otot menjadi tegang pada waktu tertentu.

Bagi mencegah masalah simpul biawak terhadap ibu hamil, ibu boleh melakukan senaman hamil bagi melancarkan peredaran darah dan merengang otot kaki. Ibu boleh mencuba melakukan salah satu gerakan senaman ibu hamil, iaitu mengerakkan kaki ibu ke atas dan kebawah lakukan sebanyak 30 kali. Senaman ini akan mengurangkan atau menghilangkan simpul biawak yang ibu alami jika dilakukan secara rutin.

Image result for simpul biawak

  • Kaki bengkak 
Ibu hamil juga sering mengalami masalah kaki bengkak. Ini kerana ketika hamil ibu menghasilkan lebih banyak cecair. Untuk mencegah pembengkakan waktu kehamilan, seeloknya:

  • Elakkan berdiri terlalu lama. 
  • Gunakan sarung kaki yang longgar dan selesa.
  • Rehatkan kaki dalam satu jam, posisinya kaki lebih tinggi dari jantung. Ibu bolelh letakkan kaki di atas bantal.
  •  Kerap membuang air kecil
Masalah kerap membuang air kecil biasanya akan berlaku di trimester kedua atau ketiga. Paling parah di trimester ketiga. Makin membesar kandungan ibu makin kerap ibu akan rasa ingin membuang air kecil. Salah satu sebab terjadi masalah ini kerana kandungan bayi makin membesar menyebabkan kawasan pundi ditekan oleh kandungan ibu.
Namun jika waktu membuang air kecil itu ibu mengalami kesakitan atau berdarah elok pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Terdapat lagi beberapa masalah lain yang kerap berlaku namun buat masa ini Chubbybitsy akan kongsikan yang ini terlebih dahulu. Jaga kesihatan ibu sentiasa. 

Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates