16 March 2020

Uri bawah atau nama dalam ilmu perubatan dipanggil Plasenta Previa adalah dimana kedudukan uri di bawah pertengahan bawah rahim. Ini akan menyebabkan pembukaan serviks iaitu bahagian rendah rahim yang menuju ke farah tersekat atau separa tersekat.

Plasenta adalah organ yang berfungsi sebagai sistem sokongan hidup pada janin yang sedang berkembang. Ianya merupakan pembawa oksigen dan makanan kepada bayi dari ibu. Ia juga menyingkirkan sisa-sia dari darah bayi. Plasenta juga adalah tempat asal dimana tali pusat bati mula berkembang dan melekat pada dinding rahim.

JIka ibu hamil mengalami plasenta atau uri bawah, ini boleh menyebabkan terhalang pembukaan serviks semasa bersalin dan ibu berkemungkinan terpaksa melahirkan anak melalui cara pembedahan. 

Terdapat 3 jenis uri ke bawah (Plasenta Previa) :

Previa Penuh : dimana pembukaan servik tertutup sepenuhnya. Ianya merupakan situasi yang bahaya.
Previa Separuh : Dimana Plasenta merangkumi sebahagian daripada serviks.
Previa Marginal : Dimana plasenta meliputi ke pinggir serviks

Kedudukan uri biasanyan akan didiagnos seawal 12 minggu kehamilan, ibu tidak perlu kuatir kerana keaadaan ini biasanya akan didiagnos selepas 20 minggu. Hampir 90% daripada kes , uri ibu akan berubah ke kedudukan normal sebelum kelahiran. Apabila rahim makin membesar, uri akan naik lebih tinggi dan jauh dari serviks. Histerekomi iaitu pembedahan untuk membuang rahim adalah kes paling teruk berlaku berkenaan dengan plasenta previe namum ianya kes yang jarang berlaku.

Antara faktor untuk mengesahkan uri bawah atau tidak adalah melalui pendarahan. Ianya bukan petanda normal jika berlaku pendarahan yang kerap. Lagi-lagi jika masuk trimester kedua. Darah yang keluar biasanya berwarna merah terang dan tidak menyakitkan. Walaupun kebiasaan darah akan berhenti sendiri ianya akan mengambil dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu.

Jadi ibu tolong jangan abaikan sebarang apa yang berlaku jika ada pendarahan. Berjumpalah dengan doktor untuk pengesahan lanjut. Jangan takut segala kemungkinan selebihnya usaha itu penting. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates