04 March 2020

Image result for suntikan vaksin bayi
Masih ramai ibubapa yang masih keliru dengan jadual suntikan imunisasi yang di sediakan oleh pihak KKM. Suntikan vaksin juga ada yang percuma dan ada yang berbayar. Suntikan vaksin percuma boleh dapatkan di Klinik atau Hospital kerajaan namun untuk suntikan berbayar yang tidak diwajibkan oleh KKM bergantung pada jenis vaksin.

Masalah kesihatan juga begitu membimbangkan menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dikenali sebagai WHO telah mengeluarkan 10 jenis ancaman kesihatan seperti pencemaran udara dan perubahan Iklim , Denggi , HIV dan keengganan mengambil vaksin. Kes ini dipandang serius oleh KKM justeru mereka mengeluarkan Jadual Suntikan Vaksin Imunisasi untuk rujukan semua. 

Jadi sebagai ibubapa kita akan membuat pilihan terbaik untuk anak bukan? Jom ambil cakna tentang jadual suntikan vaksin. 

Image result for jadual imunisasi bayi 2020

NOTA RUJUKAN
  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1
Jadual diatas adalah suntikan yang perlu bayi ambil mengikut pada usia bayi tersebut. Suntikan ini bukan one shoot ianya lebih kepada berperingkat. Untuk suntikan seperti jadual diatas ianya boleg didapati secara percuma di klinik atau hospital kerajaan yang berdekatan. Suntikan ini juga boleh diambil diklinik swasta bagi ibubapa yang tiada masa untuk ke klink kerajaan namun ianya adalah berbayar. 

Selain itu terdapat vaksin imunisasi tambahan yang disarankan agar dapat mengelak daripada penyakit berisiko berjangkit. 

 
Vaksin
Keterangan
Umur dan tempoh vaksin
Pneumokokal (conjugated vaccine)
Vaksin yang memberi perlindungan bagi penyakit yang disebabkan oleh pneumokokus (boleh menyebabkan jangkitan paru-paru,meningitis dll.
Adalah disyorkan untuk melengkapi 3 dos pada umur 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas umur 6 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk cadangan jadual imunisasi pnumokokal mengikut umur anak anda.
Meningokokal
Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit akibat jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan hilang upaya kekal.
Adalah disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi.
Satu dos vaksin memberi daya imuniti selama 3 tahun
Rotavirus                                   
Vaksin yang menawatrkan perlindungan terhadap rotavirus (virus yang menyebabkan jangkitan saluran percernaan)
Adalah disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk dos seterusnya mengikut umur anak anda.
Varicella / cacar air
Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit cacar air mudah berjangkit yang menyebabkan demam dan kulit yang melepuh.
Untuk kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun: 1 dos diperlukan
Untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin sekurang-kurangnya 4 bulan.

Hepatitis A
Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit jangkitan pada organ hati disebabkan virus hepatitis A.
Untuk kanak-kanak umer 1 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan.
Influenza
Vaksin yang menawarka perlindungan daripada jangkitan virus pada hidung, paru-paru dan tekak.
Untuk kanak-kanak 6 bulan keatas.2 dos akan diberi selang setahun 8 bulan.

Vaksin ini adalah salah satu iktihar dari langkah berjaga-jaga dari penyakit serius. Jadi disarankan ibubapa janganlah tinggal waktu temujanji untuk suntikan vaksin buat anak. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates