07 March 2020

Bila ada anak perempuan ni ibu ayah kena ingat untuk bawak pergi berkhatan. Mesti selalu tertanya-tanya bilakan waktu sesuai untuk berkhatan untuk baik perempun? Iye faham lagi-lagi ibu ayah yang baru pertama kali menimang anak perempuan. Seeloknya biarlah waktu masih bayi supaya ibu dan ayah tidak lupa dikemudian hari. 
Bagi pendapat doktor pula, umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang. Usia bayi juga bergantung pada klinik yang mana ibu ayah ingin pergi.
Ini kerana, lebih kecil anak, lebih mudah cara penjagaannya. Tambahan pula, mereka hanya minum susu ibu dan masih belum makan. Jadi, tak perlu nak fikirkan tentang makanan yang perlu ‘pantang’ dan sebagainya. Sebaliknya, apabila anak semakin besar, mereka sudah semakin aktif dan mungkin perlu lebih perhatian untuk menjaga lukanya.
Sebaliknya, jika anak perempuan sudah besar tentulah mereka akan mula berasa malu untuk menjalani prosedur ini. Maka, jika belum disunatkan pada usia yang meningkat remaja, anda bolehlah berbincang dengan doktor sama ada ianya sesuai dilakukan. Jika dibimbangi mendatangkan kecederaan, maka tidaklah ia diberatkan terhadapnya
Pernahkah ibu ambil tahu tentang hukum berkhatan? Ada beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus. Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.
hukum-sunat-perempuan-buletin-attawqa-bil20
Daripada Buletin At-Taqwa Bil 20, Jabatan Mufti Negeri Selangor

Berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan.
Para ulama juga menegaskan bahawa sunat perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong atau melukai klitoris sehingga boleh mengakibatkan kemudaratan.
Kalau diikutkan, prosedurnya akan berlangsung hanya sekitar 3 minit atau kurang. Ia menggunakan peralatan perubatan moden dan selalunya bayi tidak dikenakan suntikan bius, kecuali jika anak perempuan tersebut sudah menginjak usia kanak-kanak.
Berbanding bersunat cara lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang amat cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan. Selepas ditahan dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.
Nasihat saya baik ibu dan ayah buat pemeriksaan sebelum melakukan proses sunat untuk bayi perempuan ibu. Pastikan anak ibu boleh menjalankan proses bersunat.


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates