Bayi saya songsang?
Bila kandungan sonsang perkara yang ibu selalu fikir, boleh tak
bersalin normal? Betul ke betul? Jika bayi ibu songsang, doktor akan cuba untuk
memusingkannya kandungan ibu. Namun ibu juga boleh lakukan beberapa perkara
dirumah sendiri.
Mungkin ianya agak mengecewakan bila ibu dapat tahu bayi ibu
mengadap arah yang salah ketika dalam kandungan. Tetapi songsang bukanlah
sesuatu yang luar biasa sampai tidak boleh dipusingkan kembali kepada arah yang
asal. Tak semestinya bila songsang ibu wajib menjalani kelahiran secara
pembedahan.
Tahukan ibu ada
juga beberapa ibu melakukan kelahiran songsang secara normal dimana punggung
atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim ibu. Ia bertentangan dengan
kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Namun ianya harus
dipantau oleh doktor yang berpengalaman.

Terdapat
beberapa jenis posisi songsang :
• Jelas –
punggung di bawah dan kaki terbengkok / terletak di hadapan muka
• Penuh – bayi
anda duduk bersila
• Ringan – satu
atau dua lutut / kaki bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan
bukaan rahim
Memusingkan bayi
anda
Sekiranya
awal-awal lagi ibu telah mendapati bahawa bayi dalam berkedudukan songsang, ibu
mungkin boleh mengembalikan bayi ibu kepada kedudukan normal.
Doktor dari pakar
obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi ibu supaya kepalanya berada
di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini dipanggil external cephalic
version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar
obstetric. Teknik ini biasanya berkesan dalam dua pertiga kes,
walaubagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran pertama
Perkara yang
boleh cuba dirumah
Terdapat
beberapa perkara yang ibu boleh cuba lakukan di rumah untuk bayi kembali ke
dudukan sepatutnya. Antaranya:
1. Luangkan banyak
masa dalam posisi merangkak dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik
kepala bayi ke bawah. Sambil dalam posisi merangkak untuk mengelakkan bosan ibu
boleh bacalah majalah atau suratkhabar. Atau boleh guna kaedah sujud lama.
2. Berbaring di
atas papan atau papan pengalas seterika yang diletakkan pada sudut 45 darjah,
kepala di bahagian bawah dan lutut dibengkokkan selama 15 minit Lakukan tiga
kali sehari. Graviti akan menggalakkan pergerakan bayi anda terhadap bahagian
atas uterus dan berpusing ke bawah. Namun pastikan papan seterika itu jenis
kukuh jika tidak jangan lakukan aksi ini.
Pastikan teknik
yang ibu lakukan ini tidak memudaratkan ibu. Jangan lupa sertakan doa. Berbaik
sangka dengan apa yang Allah s.w.t telah aturkan buat kita.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy