23 March 2020

Apakah itu hospital beg

Hospital beg ialah beg yang mengisi barang persediaan untuk ke hospital. Beg itu ibu perlu sediakan bila kandungan mencecah 7 bulan keatas dan diletakkan didalam kereta atau tempat yang mudah dicapai bila berlaku kecemasan hendak ke hospital.

Ingat hospital beg hanya meletekkan barang yang perlu sahaja. Jangan letakkan barang yang tidak perlu kerana ianya akan memberatkan beg sahaja. 

Barang juga boleh dibahagikan kepada 3 jenis barang iaitu:

  • Barang Bayi
  • Barang Ibu
  • Bekalan makan dan minum
Ada juga ibu yang meletakkan sekali barang untuk suami mereka namun itu selalunya ibu yang bersalin di klinik swasta. Bagi kami barang suami tidak perlu kerana mereka boleh balik dan salin dirumah. 

Untuk barang bayi apa yang perlu dimasukan dalam beg ialah:
  • Pampers
  • Baju dan seluar
  • Mitten 
  • Bedung 
  • Tisu basah
  • Napkin 
Barang bayi tidak perlu bawa terlalu banyak.Cukup untuk beberapa hari menetap dihospital. Tengok juga hospital mana yang dimasukan kerana ada setengah hospital perlu pakai baju sendiri ada setengah hospital memang sudah sediakan baju dan bedung. 

Untuk barang ibu pula benda yang perlu disediakan :
  • Kad Pengenalan
  • Buku Pink
  • Baju
  • Kain Batik atau Skirt longgar
  • Pakaian dalam
  • Stokin
  • Tudung 
  • Pad (Tuala wanita)
Untuk keperluan ibu juga tidak perlu bawa terlalu banyak seperti ingin pergi bercuti, cukuplah keperluan semasa dihospital.Andai tidak cukup boleh minta suami bawakan. 

Andai ini kelahiran anak pertama ibu selalu takut tak cukup. Jadi sediakan sedikit baju dirumah yang diasingkan siap-siap. Jika ada yang tak cukup boleh minta suami ambilkan yang diasing tidak perlu suami perlu mencari lagi barang tersebut.

Bekalan makanan dan minuman atas keperluan ibu, namun seeloknya bawa untuk memudahkan ibu ketika dihospital. Antara barang bekalan makanan dan minuman yang boleh ibu bawa:
  • Thermos 
  • Biskut 
  • Paket minuman
  • Cereal
Pastikan hospital beg hanya barang yang betul-betul perlu sahaja.Tidak perlu nak bawa terlalu banyak barang ke hospital. 


Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates