26 March 2020



Mesti rata-rata ibu hamil tidak pernah mendengar istilah praeklampsia, apatah lagi nak disebut berbelit-belit lidah jadinya. Ianya akan didengari bila ibu hamil mengalami masalah praeklampsia. 

Apakah itu praeklampsia? Praeklampsia dikatakan berlaku apabila plasenta tidak berfungsi dengan betul. Ia boleh membuat ibu dan bayi sakit teruk jika tidak dirawat. Praeklampsia berlaku dalam peringkat kedua kehamilan. Rata-rata ibu yang menghadapi masalah ini selalunya di trimester ketiga, selepas usia kehamilan 27 minggu

Walaupun tiada punca sebenar yang masih tidak di ketahui,komplikasi ini terjadi dengan simptom seperti darah tinggi ketika hamil, kerosakan pada organ. Misalnya buah pinggang dan kandungan protein pada air kencing, serta bengkak-bengkak pada lengan, muka dan buku lali. Jika tidak diambil berat, perkara ini mungkin boleh membawa mudarat kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Image result for simptom preeklampsia semasa hamil

Praeklampsia ada peringkat dari kadar ringan hingga ke kadar teruk. Praeklampsia kadar ringan biasa berlaku, biasanya akan terkena pada purata 1 dalam 10 orang ibu hamil. Selalunya jika di peringkat awal dan tidak terlalu teruk ibu tidak dapat mengesan sehingga doktor mengesan tanda-tanda ketika pranatal. Pemantauan dan rawatan awal dapat membantu memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik. 

Walaupun preeklampsia sering dikaitkan dengan darah tinggi, kita perlu bijak membezakan antara komplikasi tersebut dengan penyakit darah tinggi ketika hamil. Chronic hypertension berlaku apabila ibu mengandung mengalami tekanan darah tinggi dengan bacaan melebihi 140/90mmHg sebelum minggu ke-20 kehamilan atau sebelum hamil. Gestational hypertension pula ialah apabila ibu mengandung mengalami bacaan lebih daripada 140/90 mmHg selepas minggu ke-20 kehamilan. Sementara itu, pre-eklampsia boleh terjadi jika keadaan ini berlarutan dengan edema dan proteinuria. Oleh itu, amat penting untuk ibu mengandung mengambil ujian air kecing dan tekanan darah tinggi setiap kali pemeriksaan kesihatan dijalankan.
Image result for simptom preeklampsia semasa hamil
Ujian air kencing penting untuk pengesanan awal. Pre-eklampsia juga boleh melarat dengan simptom-simptom tambahan seperti pening kepala, kenaikan berat badan akibat bengkak air, penglihatan kabur dan sering mual dan muntah. Catitkan simptom yang anda selalu alami dan bincangkan dengan doktor.
Pre-eklampsia dapat dielakkan dengan pengesanan awal daripada doktor. Jika kondisi ini tidak dirawat, ia dapat memberikan kesan negatif pada ibu dan bayi. Ibu mengandung yang tidak dirawat berisiko mengalami eklampsia iaitu pre-eklampsia berserta sawan.
Kesan lain ialah ibu mengandung berisiko mengalami kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati. Si bayi pula mengalami tumbesaran yang sedikit perlahan kerana kekurangan bekalan darah ke plasenta. Bayi juga mungkin tidak cukup bulan kerana jika kondisi ini serius, doktor akan sarankan pada anda untuk melahirkan anak sebelum tempoh 36 minggu.
Ibu mengandung yang pernah terkena preeklampsia pada kehamilan sebelumnya berisiko mengalaminya lagi pada kehamilan akan datang. Ibu juga berisiko jika ada ahli keluarga terdekat mengalami kondisi ini. Wanita yang mempunyai penyakit seperti diabetes, penyakit buah pinggang dan darah tinggi juga berisiko menghidap pre-eklampsia. Faktor penyumbang lain ialah obesiti, umur ibu antara 20 dan 35 dan hamil lebih daripada seorang ( kembar dua atau tiga).
Walaupun jarang berlaku, preeklampsia juga boleh dialami selepas melahirkan anak. Kondisi ini dinamakan postpartum pre-eklampsia dan selalunya berlaku selepas 48jam dari tempoh kelahiran dan boleh berlanjutan sehingga sebulan.Semua simptomnya adalah sama dengan pre-eklampsia semasa kehamilan. Sebagai langkah pencegahan, ibu akan diberikan ubat sawan dan pencegahan darah tinggi serta dinasihati untuk tinggal di hospital untuk pemerhatian lanjut. Berhubung dengan doktor segera jika simptom-simptom pre-eklampsia terjadi.
Walaupun jarang berlaku, komplikasi serius boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang. Jika ibu mengalami paeklampsia, ibu mungkin mempunyai masalah dengan buah pinggang. Namun ini jarang berlaku kerana kebanyakan kes praeklampsia akan dikesan dan dirawat tepat pada masanya untuk mengelakkan masalah ini berlaku.

Jika ibu mengalami praeklampsia teruk atau eklampsia, doktor seharusnya berbincang dengan ibu mengenai apa yang berlaku, mengapa ia berlaku dan bagaimana ini boleh memberik kesan terhadap kehamilan pada masa akan datang.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates