05 March 2020


Sebelum kita masuk tentang vaksin pneumokokal jom kita kenal tentang penyakitnya.  Penyakit Pneumokokal adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae, juga dikenali sebagai pneumokokus. Sekalipun ia menjangkiti semua golongan umur, tetapi ia lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua.
Kuman ni merupakan kuman peliharaan di dalam hidung kanak2 di bawah umur 5 tahun, paling ramai bawah 2 tahun. Kajian juga menunjukan satu dalam 5 kanak-kanak di Malaysia dan juga di negara lain pembawa kuman ni.
Penyakit pneumokokal adalah sangat kerap dan merupakan penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin. Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa maut , justeru itu, langkah-langkah pencegahan seperti vaksin adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokal. Malah vaksin  merupakan baris pertahanan pertama menentang jangkitan. Vaksin boleh membantu melindungi daripada penyakit yang serius , komplikasi jangkitan disamping menyelamatkan nyawa.
Tahukan ibu kuman pneumokokal bukan hanya menyerang paru-paru malah ianya akan menyerang benda lain antaranya:
1. Telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru2 bernanah (empyema) atau masuk ICU3. Dalam darah (bacteremia).4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.
Mengambil suntikan pneumococcal ini adalah sangat penting untuk mengelakkan jenis-jenis penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja seperti jangkitan paru-paru. Lebih-lebih lagi buat ibu yang mempunyai anak haruslah lebih berjaga-jaga. 
Vaksin pneumokokal adalah vaksin tambahan. Vaksin ini tak termasuk dalam vaksin yang diberikan PERCUMA kat anak macam kat klinik kesihatan tu. Ianya ada di hospital kerajaan pakar kanak-kanak dan hospital atau klinik swasta. Vaksin ni bukan budak-budak sahaja boleh ambil tapi orang dewasa pun boleh terutama yang ada masalah diabetis, paru-paru, jantung, hati atau masalah buah pinggang kronik.
Streptococcus pneumoniae boleh merebak dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan dari individu ke individu apabila terdapat hubungan secara langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk dari orang yang dijangkiti. Bukan semua individu yang terdedah kepada bakteria tersebut akan dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti . Kanak-kanak adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.
Vaksin memberi perlindungan terhadap banyak jenis dan strain bakteria . Perlindungan sesuatu vaksin bergantung kepada jenis strain yang terkandung dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal akan membantu merangsang badan menghasilkan antibodi terhadap Streptococcus pneumoniae yang menyebabkan penyakit ini. Ini kerana vaksin mengandungi sebahagian daripada bakteria yang dapat mencetuskan badan untuk membina imuniti terhadap bakteria tersebut . Sekiranya sesorang individu yang menerima vaksin tersebut dijangkiti dengan strain(serotaip) Streptococcus pneumoniae tertentu , antibodi ini akan membantu melindungi individu daripada penyakit.
Dalam erti kata lain, vaksin pneumokokal menyediakan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain yan terdapat dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal mengandungi strain yang biasanya menyebabkan penyakit pneumokokal.
Vaksin dibuat sama ada daripada sebahagian atau seluruh bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Oleh kerana ia mengandungi bentuk bakteria yang tidak aktif, maka ia tidak akan dapat menyebabkan penyakit.
Vaksin bukan bagi badan kebal sampai tiada penyakit langsung. Vaksin ni mencegah. Jadi seeloknya jaga anak dengan baik. Jauhkan mereka jika ada sesiapa disekeliling mereka yang ada penyakit batuk , selsema atau lain-lain. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates