TIPS UNTUK MENINGKATKAN BACAAN HB
Semasa mengandung,ibu akan diuji dengan pelbagai kepayahan
dan masalah kesihatan yang mungkin tidak pernah dialami sebelumnya. Antara kes
yang selalu melanda ibu hamil adalah masalah kekurangan darah / hemoglobin (Hb)
rendah atau anemia. Antara simptomnya termasuklah pening kepala, susah fokus,
kelesuan, kelihatan pucat, rasa sesak nafas, dan sering berasa sejuk atau kebas
pada tangan.
Menurut sebuah laman web kesihatan, anemia ketika mengandung
adalah merbahaya jika tidak ditangani dan dikawal sebaiknya. Ini kerana,
apabila anda mengalami ‘low Hb’ atau anemia, kandungan darah anda tidak
mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan
tisu badan anda serta pembentukan bayi.
Oleh itu, cubalah ibu mengelak dan mengatasinya dengan
mengamalkan makanan tambah darah. Antara makanan menambahkan darah ialah:
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare
1.
Tembikai
Tembikai adalah salah satu ‘super food’ dan makanan tambah darah yang kurang diketahui ramai. Istimewanya, buah ini kaya dengan vitamin A. Selain terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.

2.
Buah-buahan Kering
Buah-buahan kering amat sesuai sebagai snek kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil. Tinggalkan ‘junk food’ dan beralihlah kepada kismis, kurma, prun, aprikot, dan buah tin. Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.

3.
Ikan
Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Ikan Salmon, contohnya, boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah. Ikan juga sangat sesuai untuk diet anda kerana ia adalah makanan yang rendah nilai kolesterol.

4.
Daging Merah
Berbanding dengan daging putih dalam ayam atau burung, daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa daging merah juga mempunyai lebih kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko pada jantung.

5.
Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran yang mengandung zat besi yang
tinggi adalah sayuran berdaun hijau terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung,
kale, dan sawi juga amat membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia. Selain
itu, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang
turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.
Selain daripada pengambilan makanan dan minuman di atas,
pastikan anda mengamalkan corak pemakanan yang sihat. Pastikan anda meminum air
kosong secukupnya untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak
terjejas. Hindari kafein dan makanan rapu yang berlebihan. Jika bacaan Hb anda terlalu
rendah, jangan teragak-agak untuk mengambil suplemen yang dibekalkan oleh
doktor mengikut rutin yang telah ditetapkan.