22 February 2020



Ada kajian mengatakan suara ibu mempunyai kesan yang menenangkan pada bayi di dalam kandungan atau bayi baru dilahirkan. Kajian juga mendapati,hal ini turut menurunkan kadar jantung bayi. Ton dalam suara juga telah terbukti dapat membentuk pelajaran pendengaran untuk bayi walaupun masih didalam kandungan. Bayi lebih mengenali suara ibu mereka sendiri kerana suara itu sentiasa didengari ketika dalam kandungan.
Tahukah ibu suara bukan saja mempengaruhi peningkatan sistem pendengaran bayi malah ianya turut memberi kesan terhadap perkembangan sosial dan emosi bayi. Jesteru itu ibu haruslah berwaspada setiap tutup kata yang diucapkan.

Satu penyelidikan di Eropah pada tahun 2013 mengatakan bayi yang diberi pendedahan kepada muzik mampu memberi kesan panjang kepada otak mereka. Menurut kajian juga bayi mula menyimpan memori-memori didalam kandungan dari umur 4 bulan hingga diwaktu kelahiran.

Sejajar dengan itu, sebaiknya ibu perlu memperdengarkan bayi dengan alunan surah Al-Quran. Sebagai umat Islam, berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan. Doanya ringkas dan mudah dihafal, InsyaAllah. Surah-surah untuk ibu mengandung ini juga boleh dibaca oleh si bapa, lebih baik supaya ikatan antara anak dan ibu bapa sentiasa terjalin.

Antara surah yang perlu dibaca ketika hamil:

1.Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.

4.Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

5.Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

6.Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7.Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

8.Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.

9.Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.

10.Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

11.Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat.

12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.

13.Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

14.Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.

15.Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

Justeru tidak menjadi kesalahan’ bagi mana-mana wanita hamil mengamalkan bacaan surah untuk ibu mengandung, kerana ia juga sebahagian jalan untuk membaca Al-Quran bacaan suci ayat-ayat Al-Quran. Apa pun, jangan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci ini ketika hamil sahaja sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan harian supaya hidup sentiasa mendapat keberkatanNya.


Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare

4 comments

Info bagus dan menarik

REPLY

Terima kasih.. Info yang sangat bermanfaat. ☺️

REPLY

Alhamdulillah..tq share ilmu manfaat ni.

REPLY

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates