PERSEDIAAN BERSALIN SEMUA IBU MENGANDUNG WAJIB TAHU
Siapa
tidak seronok bila mengetahui diri mereka hamil bukan? Mungkin ada yang telah
lama menunggu dan mungkin ada yang bunting pelamin. Walaupun pun waktu menunggu
itu berbeza namun kegembiraan yang dirasai sama sahaja. Betul tak ibu?
Namun
dalam gembira tu wajib tahu persiapan untuk bersalin. Walaupun 9 bulan lagi
seeloknya rancang dan jadualkan dari awal untuk memudahkan kerja ibu pada masa
akan datang.
Setiap
ibu hamil mesti nak yang terbaik untuk kandungan mereka bukan, begitu juga
dengan persediaan itu menyambut kelahiran bayi mereka. Pastikan ibu dan ayah
segera merancang persiapan lebih awal dan teratur bagi mengelakkan perkata
terlepas pandang. Ianya mampu mengurangkan masalah bakal dihadapi sepanjang
proses kehamilan. Lagi-lagi buat ibu ayah yang pertama kali bakal menimang
cahaya mata.
Jom kami
nak kongsikan beberapa persediaan bersalin ibu ayah perlu tahu:
1.
Jom buat BUKU PINK!
·
Ini adalah perkara pertama
ibu perlu lakukan sekiranya anda di sahkan mengandung. Seeloknya waktu
kandungan 8-12 minggu. Jangan daftar terlalu awal atau terlalu lewat. Walaupun
anda merancang untuk bersalin di swasta seeloknya anda buat juga buku pink di
klinik kerajaan. Ini kerana, jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingin
dan memerlukan anda ke hospital kerajaan anda telah ada rekod dari klinik
kerajaan.
2.
Hospital mana jadi pilihan?
·
Sebolehnya bila memilih
hospital,pilihlah yang paling dekat dah mudah untuk pergi. Pastikan anda
memilih tempat yang bersesuaian untuk langkah berjaga-jaga supaya proses
kelahiran berjalan lancar.Masalah lalu lintas juga perlu diambil kira bagi
memudahkan proses bersalin.
·
Jika anda memilih untuk
bersalin secara ‘natural birth’ atau penyusuan anak secara ekslusif, boleh
pilih hospital yang mesra ‘natural birth’ atau mengalakkan penyusuan susu ibu.
Selepas itu boleh senaraikan nama hospital pilihan dan anda perlu rajin untuk membaca
review & pengalaman ibu lain yang pernah bersalin di hospital pilihan ibu
tadi.
3.
Rancang bajet anda.
·
Bajet adalah faktor utama dalam
pemilihan hospital, sama ada hospital swasta atau kerajaan. Jika anda memiliki
insuran yang cover kos bersalin itu sudah memudahkan anda. Namun jika anda
perlu menampung sendiri dan ingin bersalin di hospital swasta ketahuilah kos
bersalin.
·
Ingin diingatkan bila nak
tengok bajet hospital swasta anda perlu sediakan wang kos bersalin secara
pembedahan untuk persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Seperti
yang sedia maklum hospital swasta segala segi akan diambil kira. Jadi lebih
baik bajet itu biar lebih jangan kurang.
4.
Beritahu majikan.
·
Jika anda seorang yang
bekerja seeloknya anda memaklumkan lebih awal kepada majikan anda. Supaya
mereka boleh bersedia pada tarikh anda mula cuti bersalin dan cuti berpantang.
Lagi awal anda maklumkan lagi mudah mereka untuk mencari staff ganti atau staff
sementara. Tidak salah kita memudahkan urusan orang lain bukan?
5.
Mengikuti kelas antenatal
·
Ibu boleh mengikuti kelas
antenatal di hospital atau kelas persendirian jika ibu mahu. Kelas antenatal di
hospital kerajaan selalunya percuma namun anda perlu buat tempahan kerana
tempat terhad.
·
Kelas antenatal bertujuan
memberi pendedahan kepada ibu dan bapa tentang cara pemakanan ketika hamil,
cara bersenam ibu hamil, penjagaan bayi baru lahir dan penjagaan ibu selepas
berpantang.
·
Ilmu tentang mengandung,
kelahiran dan penyusuan amatlah penting untuk persediaan bila bayi selamat
dilahirkan. Jika tidak sempat ke kelas boleh luangkan masa untuk membuat
pembacaan di buku mahupun di google.
6.
Melakukan senaman
·
Siapa kata ibu hamil tidak
perlu melakukan senaman? Bersenam semasa mengandung mewujudkan perasaan
tenteram dan dapat mengelakkan kelahiran pra-matang, songsang serta memudahkan
kelahiran. Hal ini terbukti daripada kajian terhadap sekumpulan wanita hamil
yang dilakukan di Hospital Fuenlabrada di Madrid, Spain.
·
Harus diingatkan jika
melakukan senaman perlu bergantung pada daya tahan diri masing-masing. Jika ibu
dari golongan berisiko pastikan dapat nasihat doctor terlebih dahulu.
7.
Persediaan kelengkapan ibu
dan anak.
·
Kebanyakan ibu yang pertama
kali menyambut kelahiran mereka akan tertanya-tanya bilakan waktu sesuai untuk
membeli kelengkapan anak betul kan? Waktu yang sesuai adalah hujung trimester
kedua, kerana bila usia kandungan 7 bulan waktu ni ibu perlu sediakan ‘hospital
bag’.
·
Pastikan buat checklist
untuk menyediakan barang keperluan bayi. Ingat ibu jangan terlalu banyak
membeli baju saiz newborn kerana bayi cepat membesar.
·
Jika anda tidak mengetahui
jantina bayi atau ingin langkah berjaga-jaga boleh pilih warna putih untuk
pakaian mereka.
·
Dalam ghairah membeli
kelengkapan bayi jangan lupa juga kelengkapan ibu seperti kain batik/skirt, set
berpantang dan lain-lain.
8.
Berpantang dimana?
·
Penting untuk ibu rancang
berpantang dimana kerana kesihatan psikologi sepanjang berpantang amatlah
penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti postpartum depression
(dipanggil angin meroyan).
9.
Nama bakal cahaya mata
·
Ramai ibu ayah yang teruja
dalam memilih nama bayi tak kurang juga dengan datuk dan nenek. Namun seeloknya
nama yang diberi ada maksud dan maksud yang elok supaya setiap kali kita
panggil nama anak ianya menjadi doa mengikut maksud nama diberi.
·
Sebolehnya jangan terlalu
mengikut trend memberi nama terlalu panjang.
10.
Penjagaan anak.
·
Jika anda mempunyai anak
selain bayi dalam kandungan ini adalah perkara penting untuk anda fikirkan
kemana anda akan tinggalkan anak ketika hendak bersalin.
11.
‘Hospital Bag’
·
Beg hospital perlu
disediakan ketika kandungan berusia 7 bulan, ini kerana tempoh tersebut adalah
tempoh dimana bayi bersedia untuk keluar dari perut ibu.
·
Beg hospital boleh
diletakan didalam kereta bagi memudahkan urusan dikala kecemasan.
12.
Persediaan mental dan
fizikal
·
Persediaan terakhir adalah
persediaan fizikal dan mental kerana ia amat penting bagi si ibu untuk bersedia
sepenuhnya dari segi fizikal dan mental kerana proses kelahiran ini adalah
sesuatu yang mendebarkan.
·
Dengan persediaan emosi dan
fizikal diri yang lengkap, para ibu pasti akan berasa lebih tenang malah
gembira untuk menyambut kelahiran kanak-kanak.
Jadi ibu
selepas ini boleh rangka perkara yang perlu buat terlebih dahulu bagi
memudahkan urusan akan datang. Semoga ibu menempuhi hari mendatang dengan mudah
dan selamat.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby