PEMAKANAN KETIKA HAMIL
Berbunga-bunga hati bila tahu diri ni mengandungkan
ibu. Rasa teruja, rasa sedih, rasa gembira, rasa takut semua ada. Masa ni
macam-macam difikiran ibu apa perlu dibuat.
Benda penting yang perlu dijaga dan ambil berat ketika
hamil adalah pemakanan ibu-ibu. Penjagaan pemakanan amatlah penting kerana
untuk memastikan bayi dalam kandungan cukup sifat, sihat fizikal dan mental.
Jadi bila dapat tahu diri ibu hamil pastikan ibu amalkan makanan berkhasiat.
Ada juga sesetengah pasangan yang merancang untuk
hamil akan mengambil ‘asid folik’ tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan
bayi mendapat cukup zat lengkap dalam kandungan. Ini kerana ada kajian
menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil
berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan.
Dalam trimester pertama iaitu pada usia kandungan 4 –
13minggu, ibu memerlukan semua vitamin dari diet yang sihat dan pelbagai,
terutamanya folat, beta karotena dan vitamin A yang amat penting untuk
perkembangan bayi anda pada peringkat awal ini. Namun kebanyakan ibu mengalami
mabuk hamil di awal usia kandungan membuatkan masa makan sukar ditangani, ibu
dinasihatkan makanan-makanan kurang berminyak dan cari makanan yang boleh
ditelan tapi berkhasiat.
Ibu juga boleh pilih makanan yang tinggi nutrien
seperti:
·
Kalsium (susu,
keju, dadih, sayuran berdaun hijau dan produk kacang soya)
·
Zat
besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan
kekacang jenis kering (seperti kacang peas)
·
Vitamin
A (hati, susu, telur)
·
Vitamin
B kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
·
Vitamin
C (jambu, betik dan limau)
·
Asid
Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
![]() |
Sumber google |
Selain dari itu ,
ibu juga boleh mengambil makanan tambahan yang disarankan oleh Doktor atau
Pakar Pemakanan. Mereka akan menasihatkan ibu mengambil apa yang perlu dan apa
yang tidak perlu.
Justeru itu ibu
haruslah makan makanan yang berkhasiat disaat hamil. Sebolehnya jangan lewat
makan dalam menu sehari-hari hingga waktu kelahiran.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby