Pantang larang orang zaman dulu ketika hamil
Sebagai ibu hamil, pasti akan terfikir banyak perkara ketika hamil bukan? Lagi-lagi masyarakat melayu kita terkenal dengan pantang larang dan peraturan tersendiri. Ianya juga diwarisi secara turun temurun. Namun susah generasi zaman sekarang nak ikut pantang larang tersebut kerana merasakan itu hanyalah karut semata.
Sebenarnya kepelbagaian pantang larang ini ada kebaikannya tersendiri untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat dan ia dijadikan peraturan (pantang larang) untuk mengelak musibah dan menghalang sesuatu yang tidak baik berlaku.
Tidak salah pun nak dengar nasihat orang zaman dulu selagi ianya tidak bercanggah dengan agama islam kita bukan. Seperti melanggar pantang larang penyebab anak cacat, itukan dah salah dari segi agama islam kita?
Adakah ibu tahu apakah disebalik maksud pantang larang itu sebelum ibu mengatakan ianya mengarut? Jom kita belajar mengakah wujudnya pantang larang pada zaman dahulu.
Pantang larang
|
Sebab pantang larang wujud
|
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
|
Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
|
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
|
Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
|
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
|
Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
|
Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
| |
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
|
Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
|
Inilah kenapa terjadi pantang larang pada zaman dahulu, ianya adalah itu menjadikan masyarakat kita lebih bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
Jadi sebagai ibu hamil yang mana ada pelajaran yang baik buat kita lebih baik diikutkan sahaja. Tidak salah bukan?
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby