MENGAPA KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL?
Mengapakah buku lali dan jari kaki mengalami bengkak ketika kandungan sudah masuk trimester kedua? Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak tersebut?
Apabila bayi ibu semakin membesar, rahim memberi tekanan
kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar
yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang
dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil
akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi
perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun
dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada
tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan.
Kadang-kala, ibu hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan
ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Ibu mungkin mendapati
kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit
pada waktu pagi setelah ibu tidur sepanjang malam.
Menjelang petang, ibu mungkin dapat lihat jika ibu tekan
kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan
kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan,
tangan ibu juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa
ketat.
Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa
terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus ibu hamil
yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga
memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika ibu mengalami bengkak yang
teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor. Ini mungkin
salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi ibu dan
bayi.
Kurangkan bengkak dari Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai
digunakan semasa hamil yang akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan
garam sodium supaya ibu kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang
berlebihan dengan cara itu.
Ibu boleh mencuba cara lain untuk mengawal kebengkakan
iaitu dengan menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di
tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja. Di rumah
pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Ibu juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah
seluar stoking sokongan (support tights) sebelum ibu bangun dari katil pada
waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali.
Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking
tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi.
Ibu juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu
terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
Jika ibu membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap
untuk meregangkan kaki. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang
tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur
masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali yang bengkak ini
mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia
akan hilang sejurus ibu melahirkan anak.
(Sumber : Utusan Malaysia)
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare