Mengapa disaat hamil ibu sentiasa buang air kecil?
Bila hamil memang ibu akan selalu ke tandas kerana buang
air. Makin besar kandungan makin kerap ibu akan ketandas. Namun tahukan ibu
apakah punca menyebabkan ibu sentiasa rasa nak buang air kecil? Antara salah
satu sebab kerana tumbesaran bayi dalam perut makin meningkat dan ada juga
kerana disebabkan penyakit tertentu.
Salah satu sebab selalu membuang air kecil juga kerana
perubahan hormone yang terjadi ketika bersalin. Perubahan hormone akan terjadi
membuatkan aliran darah ke ginjal menjadi lebih cepat berbanding sewaktu tidak
hamil. Disebabkan itu ketika hamil wanita lebih kerap buang air kecil.
Bila kandungan semakin membesar amat mempengaruhi kekerapan
ibu membuang air kecil. Ini terjadi kerana kandungan semakin membesar dan
menghimpit saluran air kecil menyebabkan saluran itu tidak mampu menampung air
kecil yang lebih banyak pada kuantiti sepatutnya.
DIsaat hamil kuantiti
darah akan mengalami penigkatan sebanyak 50%. Peningkatan darah ini sangat elok
untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan namun disebabkan darah meningkat
menyebabkan ibu sering rasa nak buang air kecil. Bila lagi banyak anyak cairan
ekstra yang perlu diproses oleh ginjal lagi cepat ibu terasa nak buang air
kecil.
Kekerapan akan berlaku bila ibu telah masuk ke trimester
ke-3 dimana bayi dah makin membesar dan sedia untuk keluar dari rahim ibu. Bila
trimester ketiga posisi bayi dalam kandungan berada di bawah pinggul kerana telah
bersedia untuk keluar. Bila posisi bayi dah kebawah ia akan memberi tekanan
kepada saluran air kecil menyebabkan ibu selalu ingin ke tandas.

Adakah ibu mengalami penyakit diabetes? Jika ibu mengalami diabetes
gestasional ianya antara punca kenapa ibu kerap membuang air kecil. Penyakit
diabetes ini kadang berlaku hanya ketika hamil sahaja. Selepas hamil penyakit
itu akan hilang. Ibu harus mengawal kadar gula dengan baik selama waktu
kehamilan.
Namun ibu harus di ingatkan jika terlalu kerap kencing dan
ibu merasa sakit seperti kencing tidak lawas sebaiknya ibu kena berjumpa
doktor. Ini kerana takut ibu mengalami masalah kencing kotor atau jangkitan
saluran air kencing. Antara yang ibu boleh periksa sendiri, sakit ketika
membuang air kecil, selalu terkucil,air kencing berwarna keruh,air kencing
berbau dan sakit perut pada bahagian bawah ia merupakan tanda penyakit
jangkitan dalam saluran.
1 comments:
Alhamdulillah, terima kasih berkongsi maklumat ni 😊🙏
REPLY