Masih relevan ke berpantang pada zaman moden?
Masih relevan ke berpantang pada zaman moden?
Masyarakat melayu memang terkenal dengan amalan berpantang
selepas bersalin dan ianya telah menjadi amalan turun-temurun lagi. Namun adakah
masih relevan berpantang pada zaman sekarang?
Berpantang sebenarnya tidak perlu mengikut peredaran pun
kerana ia bukannya amalan kolot namun ianya amalan penjagaan ibu selepas
bersalin. Tahukah ibu, rahim seorang wanita yang tidak mengandung berukuran
dalam 7.5 cm panjang, 5cm lebar dan 2.5cm tebal sahaja. Ketika seseorang wanita
itu hamil rahim akan membesar mengikut kebesaran bayi didalam kandungan. Jadi
kerana itu selepas bersalin ibu perlu menjaga diri dengan cukup baik.
Seorang wanita menggunakan seluruh tenaga ketika melahirkan
bayinya, selain mengalami masalah kekurangan darah yang menyebabkan mereka
lemah, tapi masih perlu menjaga anak, setidak-tidaknya menyusukan bayi mereka.
Sebab itu, wujudlah satu situasi yang memerlukan si ibu ‘dikurung’ agar boleh
berehat.
Amalan berpantang sebenarnya sebagai satu proses menjaga
kesihatan dan badan secara menyeluruh. Ianya lebih kepada menjaga kembali
kewanitaan ibu bersalin serta memulihara kesihatan. Ini kerana selepas bersalin
banyak hormon dan perubahan emosi akan berubah.
Antara amalan berpantang adalah berjalan dengan perlahan,
tidak boleh banyak bergerak, dilarang duduk bersimpuh, jangan terlalu lama
berendam dalam bilik air, diet dan penjagaan pengambilan makanan setiap hari.
Namun begitu peraturan dalam berpantang yang ditetapkan
dalam adat Melayu dikatakan menyusahkan dan menyukarkan keadaan ditambah juga
dengan adanya amalan seperti berurut,
bertungku, bengkung, mandian herba dan memakai pilis di dahi yang mengambil
tempoh lama sehingga 44 atau 60 hari pemakaiannya. Jadi berpantang ini atas
pada kerajinan setiap orang juga.
![]() |
Sumber google |
Ada sahaja ibu yang tetap teguh mengamalkannya kerana ianya
dipercayai, ibu-ibu yang benar-benar mengikuti amalan berpantang tradisional
ini akan mendapat semula bentuk badan sebelum bersalin, tahap kesihatan dan
kecergasan, serta rupa paras yang menawan. Selain itu, ibu juga percaya yang
sekiranya amalan berpantang ini tidak diamalkan, akan mendatangkan kesan
memudaratkan kepada diri sendiri.
Justeru itu berpantang masih relevan atau tidak sebenarnya
bergantung kepada individu itu sendiri dan harus diingatkan bahawa setiap badan
ibu itu berbeza- beza. Jika amalan berpantang itu boleh mendatangkan kesan
buruk kepada ibu tersebut jangan lakukan. Contoh ada ibu yang tidak boleh pakai
bengkung, bila pakai mereka akan mengalami kegatalan jadi berenti pakai.
Berpantang atau tidak ianya atas kemahuan ibu itu sendiri
jadi janganlah kita menyalahkan ibu tersebut andai mereka tidak melakukan
amalan berpantang.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.comShopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare