Manfaat senaman kegel buat ibu hamil
Senaman kegel atau senaman kemut amat bagus dan bermanfaat
buat wanita hamil. Senaman kegel adalah merupakan senaman yang melibatkan otot
pelvis. Otot ini terletak di antara pinggang kita untuk menyokong pundi
kencing, rahim, dan organ-organ di sekitarnya.
Rata-rata masyarakat Malaysia jika bertanya tentang senaman
kemut mereka beranggapan ianya bertujuan untuk merapatkan alat sulit bagi
tujuan seksual semata-mata. Senaman kegel ialah satu senaman yang diasaskan
oleh Dr. Arnold Kegel. Dr Arnold mendapati apabila seseorang bersenam dengan
konsisten senaman yang memfokuskan kepada menguatkan bahagian dinding lantai
pelvik.
Antara salah satu sebab kenapa perlu buat senaman kegel
walaupun tidak hamil ianya mampu menghalang dari kencing tak lawas. Senaman ini
juga sangat digalakan buat wanita hamil kerana banyak manfaatnya. Antara manfaat senaman kegel untuk wanita hamil adalah:
- . Menghalang dari kencing tidak lawas - Bila kandungan makin membesar janin akan menekan uterus dan memberi tekana kepada otot vagina ibu. Ianya akan mengakibatkan ibu mudah terkencing bila bersin, gelak , ketawa atau berjogging. Selalunya akan berlaku diwaktu trimester ketiga.
- Memudahkan proses kelahiran bayi -Melalui kajian yang dibuat, senaman kegel telah membuktikan yang mempercepatkan proses kelahiran. Ianya kerana semasa proses bersalin, otot pelvis akan mengalami regangan untuk bayi keluar. Jesteru itu melalui senaman otot pelvis akan jadi lebih baik mudah untuk dikawal dan diregangkan oleh ibu.
- Melancarkan pengaliran darah ke anggota sulit - Apabila tiada gangguan darah ke anggota sulit, maka luka episotomi akan mudah sembuh. Senaman ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah sembelit.
- Menjadikan faraj seperti keadaan asal - Tempoh mengandung dan selepas bersalin semestinya memberi kesan kepada keadaan faraj. Senaman ini baik untuk mengembalikan vagina kembali kepada keadaan asal.
Bagaimanakah
hendak lakukan senaman kegel? Langkah-langkahnya ialah:
- Kemut vagina/faraj anda. Anda akan dapat merasai sensasi kemutan tersebut.
- Tahan dan kuatkan kemutan anda selama 5-10 saat
- Relakskan otot anda perlahan-lahan
- Rehat 10 saat sebelum anda ulang kembali senaman ini
- Seelok-eloknya anda buat 3 ke 4 kali berturut-turut dalam sehari.
- Semakin lama anda amalkan, anda boleh tingkatkan lagi kekerapan senaman ini dalam sehari
- Anda boleh buat sehingga maksimum 20 kali senaman kegel setiap hari
Ingat
untuk melakukan senaman kegel pastikan ibu telah kosongkan pundi kencing.
Sebelum buat senaman kegel perlu kencing dahulu. Ibu boleh rasa sendiri sama
ada pundi kencing anda benar-benar telah kosong atau pun tidak. Mengenal pasti
otot pelvik dengan betul dan tidak salah otot. ibu perlu untuk menarik nafas
dan menghembus nafas sepanjang melakukan senaman ini. Jangan tahan nafas. Ia
membantu untuk lebih fokus dan tenang. Anda ibu meletakkan salah satu tangan di
perut anda untuk menenangkan otot perut dan pelvik semasa bersenam.
Jadi
selamat melakukan senaman kegel. Amaran sekiranya rasa sakit-sakit belakang
atau pinggang semasa melakukan senaman ini, itu tandanya ibu lakukan senaman
kemut yang salah.
1 comments:
Tak ramai yang tahu pasal ni. Nice info๐๐
REPLY