06 February 2020


Diwaktu hamil sesetengah ibu akan terasa nak makan itu ini,namun harus diingatkan diwaktu hamil juga ada beberapa makanan ibu tak boleh makan kerana membahayakan kandungan. Jadi ibu perlu lebih cakna apakah makanan yang tidak boleh dimakanan oleh ibu ketika hamil.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ketika memilih makanan ialah nilai nutrisi makanan yang ibu beri kepada bayi. Pengambilan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi dalam diet harian sepanjang tempoh kehamilan anda seperti asid folik, zat besi, Vitamin C dan Vitamin A adalah amat penting untuk tumbesar bayi yang sempurna.

Jadi jom nak kongsikan antara makanan yang perlu dielakan ketika hamil adalah:

Makanan mentah
o   Ada dikalangan ibu yang suka makan makanan mentah sebelum ini pastikan lepas ini tiada lagi makanan mentah. Ianya kerana makanan mentah mengandungi bakteria yang tidak elok untuk ibu hamil. Sesuatu benda yang dimasak mentah tidak dapat membunuh bakteria dengan sepenuhnya.
o   Kajian mendapati makanan mentah mendedahkan ibu hamil kepada bakteria, virus dan parasit hidup yang berpotensi mengganggu perkembangan kandungan sewaktu tempoh kehamilan terutama pada peringkat awal kehamilan.
o   Ia juga boleh merebak dalam tubuh dan kandungan menyebabkan jangkitan dikenali jangkitan intra-uterine serius kepada bayi dalam kandungan. Parasit ini bukan sahaja wujud pada makanan mentah seprti daging, telur dan lain-lain bahkan ia juga ada pada sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih dan sempurna.


Makanan & minuman berkafein
o   Siapa yang membaca ni seorang yang tidak boleh tinggal kafien yang berlebihan? Sekarang ucapkan selamat tinggal pada minuman berkafien. Eh bukan sahaja tidak elok pada ibu malah pada bakal ayah juga tau.
o   Pengambilan makanan atau minuman berkafein dalam kuantiti yang sedikit sebenarnya tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada ibu hamil mahupun bayi dalam kandungan. Cuma ia menjadi berbahaya dan mendatangkan mudarat apabila diambil dalam kuantiti yang berlebihan dalam tempoh masa berterusan. Namun seeloknya dielakkan terus takut ianya diambil dalam kuantiti berlebihan.
o   Minuman berkafien bukan sahaja terdapat didalam kopi tetapi ada juga didalam minuman soda , the ataupun minuman coklat.
o   Ia juga akan menjurus kepada perkembangan bayi dalam kandungan yang tidak normal, menganggu kepada tumbesaran bayi dan menyebabkan berat badan tidak normal atau kurang berat sewaktu lahir. Kafein juga akan menyebabkan komplikasi lain kepada ibu seperti ia akan merosakkan kandungan kalsium dalam tulang.

Minuman berakohol
o   Minuman keras / beralkohol akan menghalang penerimaan khasiat makanan & oksigen yang diperlukan janin akan tersekat. Minuman beralkohol yang diambil oleh ibu semasa mengandung akan memberi kesan buruk pada kemampuan otak janin.

Organ dalaman
o   Ada yang kata organ dalaman elok untuk menambah darah jadi kebanyakan ibu yang alami masalah ‘HB Low’ akan makan namun tahukan ibu pengambilan yang berlebihan adalah sangat tidak elok.
o   Organ dalaman adalah antara organ yang menjalankan fungsi perembesan dan memproses segala sisa dan toksik dalam tubuh. Jadinya, ia tidak bermanfaat untuk menjadi salah amalan dalam pemakanan terutama bagi wanita hamil.
o   Antara risiko kesihatan yang tidak baik dalam pengambilan organ dalaman seperti hati ayam ialah kepada bayi untuk mengalami kecacatan pada wajah, kepala dan jantung ataupun kecacatan semasa kelahiran dan juga masalah toksik hati yang teruk. Ia berpunca daripada kandungan toksik dan sisa buangan yang tinggi terkumpul pada organ dalaman tersebut.

Ikan yang tinggi kandungan merkuri
o   Sememangnya ikan makanan yang berprotien sedap dan berkhasiat  namun ibu memilih dengan  teliti kerana ada spesies ikan yang mengandungi merkuri & tidak baik untuk kesihatan kita & janin.
o   Jenis-jenis ikan tertentu seperti jerung, mersuji, tuna sirip biru selatan, orange roughy dan ikan todak mengandungi kandungan merkuri yang tinggi di mana ia terkumpul di dalam tisu lemak. Ia perlu dielakkan daripada dimakan dalam kuantiti yang banyak oleh ibu hamil bagi menghindari kerosakan saraf bayi dalam kandungan yang sedang membesar. Bayi anda mempunyai sistem saraf yang sedang berkembang dan sensitif. Walaupun tiada kuantiti tertentu bagi makanan laut yang boleh mendatangkan kesan buruk apabila dimakan, namun adalah lebih baik untuk mengelak terus daripada memakan ikan-ikan tersebut. Makanan laut yang juga perlu dielakkan sama sekali oleh wanita mengandung ialah tiram dan sushi yang tidak dimasak.

Makanan yang menyebabkan alergik
o   Soya, gandum, susu lembu, telur, kacang tanah, kacang pokok (badam, walnut, hazelnut, banyak lagi), ikan dan kerang-kerangan hanya boleh dimakan jika anda tidak alah kepada mereka. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mengatakan bahawa mengambil makanan ini semasa kehamilan awal boleh mengurangkan peluang bayi yang mengalami alergi dan asma kemudian dalam hidup. Tetapi, ini adalah sesuatu yang tidak pasti.

Makanan ringan / jajan
o   Amalan pemakanan makanan ringan haruslah dielakkan sama sekali bagi memastikan kesihatan anda sentiasa terjamin. Ini kerana, makanan ringan rendah dengan vitamin dan nutrisi yang tidak lengkap serta tidak sesuai dijadikan makanan rutin untuk ibu hamil. Kandungan kalori, gula dan lemak tambahan yang sangat tinggi akan membahayakan diri anda dan bayi anda. Ia membawa risiko diserang pelbagai penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam penyakit kronik yang lain.
o   Anda juga akan menghadapi pelbagai komplikasi ketika proses melahirkan anak seperti diserang diabetes gestasional atau dikenali sebagai diabetes ketika hamil. Jauhkan diri daripada sebarang makanan ringan sama ada keropok, kentang goreng segera, kerepek segera dan makanan yang diproses.

Pastikan setiap apa yang ingin dimakan adalah makanan berkhasiat. Ianya bukan untuk kebaikan ibu sahaja namun ianya untuk kebaikan bayi dalam kandungan.



1 comments:

Info yang bagus untuk ibu2 hamil👍👍

REPLY

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates