Cara untuk mengetahui waktu subur
![]() |
Edit by Chubbybitsy |
Memiliki
cahaya mata memang impian setiap pasangan. Tidak kira memiliki anak lelaki,
perempuan atau kembar kehadiran mereka itu mewarnai lagi hubungan dan
mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Namun reality sebenar tidak semua
wanita yang mampu hamil setelah berkahwin. Ada yang perlu menunggu setahun dua
untuk mendengar khabar gembira. Bahkan ada juga yang terpaksa menanti lima,sembilan
dan mungkin belasan tahun untuk merasai nikmat bergelar ibu bapa.
Ramai ingin
tahu cara cepat hamil yang berkesan. Ketahuilah, dengan mengetahui waktu subur
dengan tepat, anda boleh merancang dengan lebih baik waktu yang sesuai untuk
bersama-sama dengan pasangan anda bagi memudahkan anda untuk mengandung.
Ada
beberapa cara untuk kita kira waktu subur, tetapi adalah penting untuk kita
memahami terlebih dahulu apa itu waktu subur.
Apakah itu
waktu subur? Bahasa mudah,ianya dimana salah satu ovari anda mesti melepaskan
telur matang. Ini dipanggil ovulasi. Apabila telur dikeluarkan, ia bergerak ke
tiub fallopian anda. Semasa perjalanan ini, telur boleh disenyawakan dengan
sperma lelaki. Sekiranya telur tidak dilepaskan oleh ovari semasa bersetubuh,
persenyawaan tidak boleh berlaku.
Secara umum
kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28-30 hari. Hari pertama anda dating
haid dikira hari pertama. Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke 28,
maka anda akan mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari. Waktu subur wanita
dengan kitaran haid 28 hari ialah hari ke-13 dan ke-15 dari hari pertama anda
didatangi haid. Contoh jika anda datang haid pada 1 haribulan maka waktu subur
anda 13 haribulan hingga 15 haribulan.
Selain dari
mengira hari anda juga boleh kenal pasti waktu subur dengan peningkatan suhu
badan sebanyak 0.5 darjah Celsius. Ini bermakna wanita boleh mengukur perubahan
suhu tubuh mereka dengan termometer untuk mengesan waktu subur.
Bagaimanapun,
kebanyakan wanita tidak mempunyai tanda ovulasi yang menonjol. Ada sesetengah
daripadanya mengalami gejala ovulasi seperti kejang pada bahagian bawah perut,
keluar lendir berlebihan daripada faraj yang kurang likat, payudara terasa
bengkak dan sakit, perubahan pada selera makan serta mood berubah-ubah.
Anda juga
boleh buat sendiri ujian ringkas ini di rumah. Cuba masukkan jari bersih ke
dalam faraj dan keluarkan sedikit lendir yang ada. Kembangkan lendir berkenaan
di antara dua jari. Sekiranya lendir itu melekit, banyak dan boleh dikembangkan
dengan mudah seperti putih telur serta kurang likat, ia boleh jadi petanda
mudah untuk menentukan tubuh dalam keadaan subur.
![]() |
Sumber google |
Jadi dengan mengetahui waktu subur bolehlah anda merancang
dengan baik. Jika ada seorang yang malas nak mengira waktu hamil anda boleh muat
turun aplikasi ovulation calendar tool, ianya memudahkan lagi kerja penyimpanan
buat anda. Semoga berkat usaha dan doa anda akan berhasil. Selamat Berjaya.
Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby
Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby