10 February 2020


Waktu hamil ni kadang-kadang tahap kerisauan ibu semakin tinggi, manakan tidak kerana dalam perut ada nyawa lain yang menumpang. Tahukah ibu waktu hamil ini memang ibu lagi mudah dijangkiti penyakit berjangkit dan mendapat jangkitan teruk dari wanita yang tidak hamil. Ini kerana  kekebalan badan atau immuniti yang melawan kemasukan benda asing ke dalam badan itu ditindas supaya ibu hamil tidak melawan janin yang membawa baka bapanya yang berlainan dari baka ibunya.
Inilah perubahan badan wanita yang normal bila hamil.

Inilah yang dinamakan ‘physiological change of pregnancy’. Semuanya berlaku untuk melindungi janin di dalam kandungan.

Dalam Journal of Paediatric & Perinatal Epidemiology, ada mengatakan bahawa secara amnya demam yang dialami oleh ibu hamil tidak memberi apa-apa risiko pada bayi dalam kandungan. Namun jika suhu demam terlalu tinggi sehingg 39.5 darjah Celsius akan memberi kesan mudarat kepada bayi dalam kandungan. Jadi ibu pastikan sentiasa periksa suhu badan jika demam. Lebih baik ke klinik mendengar nasihat doktor.

Bolehkah makan ubat demam ketika hamil?


Paracetamol diketahui selamat digunakan semasa hamil dan boleh diambil untuk merawat demam. Setiap dos paracetamol iaitu satu hingga dua tablet 500mg berkesan sehingga empat jam, dan maksimum 4g (lapan tablet 500mg) boleh diambil dalam masa 24 jam. Jika boleh, elakkan daripada mengambil paracetamol terlalu kerap, terutamanya pada penghujung kehamilan kerana mengambil paracetamol setiap hari dalam trimester ketiga dikaitkan dengan peningkatan kes semput pada awal usia kanak-kanak.

Pada masa yang sama, jangan biarkan suhu badan anda naik melebihi 39 darjah Celcius. Bayi tidak dapat menanggung suhu yang terlalu tinggi. Jika paracetamol tidak berkesan untuk menurunkan suhu badan, anda boleh gunakan tuala yang dicelup dalam air suam untuk menuam badan atau tidur dalam bilik berhawa dingin.

Jika penyebab demam tidak jelas, anda harus menghubungi doktor anda. Contohnya, jika salah seorang ahli keluarga anda menghidap demam selesema dan dalam masa beberapa hari anda dapati suhu badan anda naik, kemungkinan besar anda telah dijangkiti selesema juga. Selesema perlu dirawat dengan paracetamol dan dengan meminum banyak air. Baca lebih lanjut mengenai bagaimana merawat selesema dan flu semasa hamil.

Adalah penting bagi anda mengekalkan suhu badan senormal yang boleh, jadi elakkan daripada berselubung dengan gebar tebal supaya berpeluh.

Jika tiada sebab yang jelas mengapa anda demam, anda mungkin perlu menjalani beberapa ujian untuk mengetahui mengapa suhu badan anda naik. Doktor anda boleh menguruskan ujian-ujian ini untuk anda. Di antara ujian yang mungkin diperlukan termasuk ujian air kencing dan/atau ujian darah. Jika ketuban anda sudah pecah dan anda demam, jangan berlengah lagi. Hubungi doktor anda atau pergi ke wad bersalin dengan segera.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates