BAHAYA KURANG HAEMOGLOBIN
Perkara biasa yang paling ibu takuti ketika ada temujanji
bila kena periksa kandungan sel haemoglobin atau nama singkatannya ialah HB.
Apakah itu sel haemoglobin? Hemoglobin merupakan molekul protin di dalam sel
darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut
melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Jadi haemoglobin ini
akan memperbanyakan lagi darah merah ibu.
Oleh kerana itu, setiap kali ada pemeriksaan dengan doktor
mereka akan periksa bacaan HB. Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih
banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin
boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu
hamil dan bayi kepada beberapa risiko. Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang
amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke
seluruh badan.
Paras normal HB ialah antara 12 hingga 15g/dl. Namun bila
mengandung selalunya paras normal HB sedikit rendah iaitu 11-12g/dl ianya
berlaku disebabkan hormone ketika hamil. Jika HB dalam bacaan 11g/dl kebawah
ianya dikira paras berbahaya buat ibu hamil.
Antara faktor HB kurang ketika hamil kerana:
- Ibu adalah pengidap thalassemia
- Kurang pengambilan zat besi, folat dan Vitamin B
- Berlakunya hormone ketika mengandung
- Berlaku pendarahan yang banyak seperti tumpah darah.
Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah
sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggapnya
perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap
semua itu kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit
boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel
darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Kekurangan zat besi juga menjadi punca utama anemia. Faktor
lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara
berlebihan iaitu hemolisis atau pembentukan sel darah merah yang tidak berkesan
iaitu hematopoiesis, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid
folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik
tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS. Semua masalah itu boleh mempengaruhi
pengeluaran sel darah merah seseorang.
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya
menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini,
wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.
Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa
lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih,
tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas. Menurut
doktor, selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan
komplikasi seperti kelahiran pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam
kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.
Ibu boleh buat rawatan zat besi secara rutin disarankan
dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya, ibu mengandung tidak dapat
mengambil zat besi dengan cara biasa, maka disarankan mereka mendapatkan
suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital. Justeru, wanita
mengandung disarankan supaya datang menjalani pemeriksaan mengikut jadual
seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk
memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare