BAHAYA CORONAVIRUS TERHADAP IBU HAMIL
Sudah dua
minggu kita dihebohkan dengan berita coronavirus dan di Malaysia pesakit yang
terkena coronavirus semakin meningkat. Penyebaran coronavirus dari Wuhan
membuatkan ramai orang khawatir dari semua pelusuk dunia kerana ianya telah
tersebar diluar China. Pada masa ini masih tiada vaksin untuk penyakit novel
coronavirus.
Apakah itu
coronavirus?
Coronavirus
(CoV) adalah family virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema
hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Novel Coronavirus
pula adalah merujuk kepada sepsis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia.
Mereka yang
dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
- · Demam
- Batuk
- Sesak nafas
Pesakit akan
mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom
tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV
menunjukkan simptom.
Sesiapa pun
boleh terkena coronavirus namun ada segelintir golongan yang mudah terkena dan
ianya amatlah membahayakan seperti ibu hamil. Ini kerana disaat hamil ketahanan
badan ibu kurang. Amat merisaukan sekiranya ibu hamil itu terkena coronavirus
di trimester pertama kerana waktu itu kandungan masih tidak kuat.
Andainya
berjangkit pada usia kandungan di trimester 2 atau 3 kemungkinan ibu terpaksa
bersalin awal jika ada komplikasi lain. Seperti demam yang tinggi dan tidak
surut.
Belum jelas
bagaimana coronavirus dapat menimbulkan komplikasi tersebut. Akan tetapi,
kemungkinannya terjadi gangguan pernafasan pada ibu hamil yang terkena
coronavirus mengakibatkan penurunan oksigen terhadap kandungan.
Pencegahan
awal yang ibu boleh lakukan untuk mengelak terkena penyakit coronavirus adalah:
- ·
Cuci tangan dengan kerap mengunakan air bersih dan
sabun anti-septik.
- ·
Elakkan berjumpa atau berhubung dengan individu yang
batuk atau selsema.
- ·
Tutup hidup atau mulut ketika bersin atau batuk
ditempat awam.
- ·
Pastikan buang tisu yang digunakan selepas batuk atau
bersin.
- ·
Dapatkan pemeriksaan dengan segera sekiranya mengalami
masalah pernafasan.
- ·
Pakai topeng muka.
- ·
Pastikan makanan yang dimakan dimasak dengan betul dan
bersih.
- ·
Elakan berkongsi barang peribadi dengan individu yang
mengalami selsema atau batuk.
- · Elakkan pergi ke tempat yang terlalu ramai orang.
Jika ibu mengalami sebarang simptom
dapatkan pemeriksaan awal untuk memastikan ibu dan kandungan tidak dijangkiti coronavirus.
Setakat ini kesan coronavirus terhadap ibu hamil masih tidak jelas namun jangan
di ambil ringan.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby