Apakah itu hamil luar rahim?
Ibu pernah dengar tentang hamil luar rahim? Ramai yang tidak
tahu tentang betapa bahayanya mengandung luar rahim ini. Jika ibu tidak
mendapatkan nasihat dan rawatan segera, ia boleh menyebabkan kematian kepada
ibu dan bayi. Ia kehamilan luar rahim bukan benda yang boleh dibawa remeh.
Apakah itu kehamilan luar rahim? Mengandung luar rahim dalam
bahasa mudah ‘janin duduk di tempat yang tidak sepatutnya’. Dalam bahasa medikal,
istilah ini dipanggil ectopic pregnancy ianyanmenyebabkan janin akan
melekat dan membesar di tiub fallopio. Disebabkan itu terjadinya kehamilan luar
rahim.
Kehamilan luar rahim boleh menyebabkan kematian jika tidak
dikesan dari awal kerana jika kehamilan itu menjadi terlalu besar, ia boleh
menyebabkan tiub itu pecah. Ini hanya dapat ditangani dengan pembedahan atau
mengambil ubat-ubatan.
Secara teorinya, sebarang faktor yang menghalang ataupun
mengganggu perjalanan telur (ovum) yang baru disenyawakan menuju ke rahim
adalah merupakan sebab-sebab berlakunya kandungan luar rahim. Ini kerana telur
yang dibebaskan daripada ovari, yang kemudiannya disenyawakan di dalam tiub
fallopio, harus melalui tiub fallopio untuk menuju ke rahim. Dalam kehamilan
normal, implantasi biasanya berlaku di bahagian dasar rahim (fundus), iaitu
satu kawasan yang terletak di bahagian atas dinding rahim.
Disebabkan tiub Fallopio merupakan jalan utama pengangkutan
telur ke arah rahim, sebarang kerosakan pada tiub ini, seperti jangkitan,
proses pembaikian oleh tubuh, atau kerana mengalami kerosakan disebabkan oleh
pembedahan, boleh menyebabkan telur yang telah disenyawakan tersebut tersekat
dan gagal untuk maju ke arah rahim. Akibatnya, ia boleh terimplantasi di dalam
tiub fallopio dan terjadilah kandungan tuba (tubal pregnancy), yang membentuk
kira-kira 90% daripada semua kes-kes kandungan luar rahim. Kebanyakan wanita
yang mengalami kandungan tuba akan mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan.
Jika ibu disahkan mengalami kehamilan luar rahim, doktor
akan melakukan pembedahan laparoskopi iaitu pembedahan lubang kecil untuk
memotong tiub falopia dan mengeluarkan bayi atau janin.
Antara petanda dan simptom yang boleh dialami,
Dalam keadaan biasa:
- Tiada haid (kerana mengandung)
- Pendarahan dari vagina (biasanya sedikit sahaja)
- Sakit pada bahagian pelvis yang berlarutan
Jika berlaku kandungan tuba yang baru pecah:
- Pitam
- Pening kepala
- Denyutan nadi yang laju
- Tekanan darah yang rendah
- Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma)
Sekiranya ibu mengalami seperti simptom diatas lebih baik
ibu pergi periksa dengan doktor segera. Diharapkan ia dapat membantu ibu untuk
mengesan dengan lebih awal dan atasinya seberapa cepat yang mungkin. Walau apa
pun yang berlaku, ibu perlu ambil iktibar dan mengandung luar rahim bukanlah
penghalang untuk ibu tidak mencuba untuk mendapatkan anak lagi. Segala yang berlaku
pasti ada sebabnya dan anggaplah tiada rezeki pada kali ini.
3 comments
Assalamualaikum. Perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat buat bakal ibu dan wanita diluar sana.
REPLYTq for sharing a good info..
REPLYIlmu yang sangat berguna
REPLY