11 February 2020



Alahan ketika hamil suatu perkara biasa berlaku namun tidak semua ibu hamil akan mengalami alahan dan alahan juga berbeza tidak sama setiap orang. Ada yang jenis tak boleh bau masakan sampai tidak boleh masak , ada yang tidak boleh bau nasi dan ada juga yang asyik muntah sahaja.

Kajian menunjukan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini.
Punca sebenar alahan ini masih tidak diketahui tetapi ramai para doktor berpendapat bahawa alahan ini disebabkan peningkatan hormon human chorionic gonadotropin (HCG) dan estrogen yang mendadak.

Adakah alahan ini bahaya?
Ianya bergantung pada tahap alahan, kerana ada setengah ibu hamil muntah-muntah. Paling parah bila apa saja dimakannya akan diluahkan balik.Jadi tiada tenaga bila ibu hamil tu selalu muntah. Kemungkinan ibu tersebut kena segara ke hospital atau klinik untuk masuk air.

Menurut Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr Nurhazinat Mohamed Yunus, mabuk hamil tidak semestinya bermula pada awal tempoh kehamilan, sebaliknya berlaku sekitar minggu keenam dan boleh berakhir paling lewat ketika usia kandungan mencecah 16 minggu.

Tahap keterukan mabuk hamil pula berbeza antara wanita. Ada yang langsung tidak mengalami mabuk hamil ketika usia kandungan enam atau tujuh minggu. Itu normal kerana mabuk hamil jarang berlaku pada peringkat awal. Ia mungkin hadir sekitar lapan ke sembilan minggu dengan rasa loya, mual, hilang selera makan dan kerap muntah.


Antara kaedah yang boleh membantu mengurangkan rasa loya itu adalah makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Sebenarnya, perut yang kosong boleh membuatkan ibu rasa loya lebih teruk, jadi pastikan ibu makan awal dan tepat pada waktunya. Anda juga dinasihatkan tidak mengambil makanan terlalu banyak yang boleh membuat perut terlalu kenyang.


Ibu hamil juga disarankan memilih makanan dalam kuantiti yang kecil dan makan secara kerap. Jangan makan untuk dua orang kerana itu hanya satu mitos. Makan perlahan-lahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan. Selain itu ibu hamil perlu memilih makanan dengan betul iaitu dengan mengelak makanan atau bau yang boleh membuat anda loya.

Pemilihan makanan juga penting, jadi elakkan makanan berminyak, berlemak dan pedas. Sebaliknya, anda harus pilih makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, rendah lemak dan mudah dicerna seperti pisang, beras, keropok, epal dan roti bakar. Ibu hamil juga perlu memperbanyakkan pengambilan air kosong.

Jangan lupa minum air kosong secukupnya. 

Sama seperti makanan, mengambil jumlah air yang mencukupi sepanjang hari mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Tetapkan untuk minum enam hingga lapan cawan tidak berkafein setiap hari. Elakkan minuman yang terlalu sejuk atau manis. Elakkan juga pengambilan alkohol kerana ia tidak baik untuk bayi malah akan menyebabkan alahan menjadi semakin teruk.

Tambahnya, ibu hamil juga digalakkan untuk cukup rehat dan tidur terutama sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam kerana keletihan boleh menyebabkan loya menjadi lebih teruk. Selain elakkan tergesa-gesa terjaga dan bangun daripada katil terlalu cepat.
Ibu hamil juga perlu mengelakkan diri daripada tekanan kerana ia boleh membuatkan alahan ibu menjadi lebih teruk. Sekiranya ibu berasa terlalu tertekan, cuba kurangkan beban kerja dengan membahagikan masa dengan lebih efektif.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini mampu mengurangkan alahan ibu. Sentiasa jaga diri dan banyakan minum air supaya ada tenaga.

Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy


#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates