KENCING MANIS KETIKA HAMIL
Kencing manis semasa hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Ia adalah kencing manis yang dihidapi semasa kehamilan sahaja. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk menambah tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan ibu tidak dapat menghasilkan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap GDM. GDM selalunya akan hilang dengan sendirinya selepas bayi dilahirkan. Ianya berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Selalunya untuk periksa kandungan gula dalam darah, doktor akan menguji air kencing untuk mengesan kandungan gula pada setiap temu janji antenatal. Jika terdapat gula dalam air kencing, ini mungkin tanda GDM.
GDM tiada sebarang simptom untuk dikesan,namun ibu mungkin alami perkara seperti :
- Keletihan
- Kerap dahaga
- Membuang air kecil dengan kerap
- Penglihatan kabur
Ibu oerlu sentiasa memastikan GDM ibu sentiasa terkawal untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan. Masalah utama jika ibu mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
Antara ibu yang berpotensi tinggi terkena GDM ialah:
- BMI ibu lebih daripada 30.
- Ibu pernah melahirkan anak yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
- Ibu pernah menghadapi GDM sebelum ini.
- Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis.
- Jadi ibu haruslah membuat pemeriksaan kandungan gula dalam darah untuk pantauan pihak klinik. Ianya juga untuk kebaikan ibu dan kandungan ibu. Jangan takut untuk membuat pemeriksaan.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy